Loyal FOLLOWERS not FLOWERS!

Tuesday, August 30, 2011

Rayeeee !

Assalamualaikum!


woahhhhh! hari ni raya! and aku dapat bangun awal tahun ni.. siap ade yg tegur, "haa, bgun pun hari ni.." buwahahaha.. #Tp, tgh nantok gilee skrg..#


aku dikejutkan dgn suara, "Eny! Eny! Bangun! G tlong mak kau!.." suara spe lg klo bukan suara Kak teh aku.. tak silap dlm kul 9 kot.. siap sempat sidai kain lagi tuh!


Makhluk tuhan yg mem'bz kn aku, ni dia;

Tengok! bru je ckp.. mmg feveret dye punggah patung2 aku tuh..

then!

buat muke innocent, cmne la aku nk marah budak nih

next!

mangkuk2 da ready dengan ombak tetamu yg datang

and, adik-adik !


mkn jelly ni.. sedapp!


i present u! :

My Granny! 97th this year peeps!

next!

My little bro, sister vs. brother.. gadoh 24/7

si hyper!

Renisya Delilah a.k.a Icha.. dye bolee ngs if kte amek duit ryee dye.. and nk cool kn? just bg lg duit rye~


proceed plss !

ni la keadaannya.. full

lg satu!

syok je aku tengok


tp, td aku mkn byk, #sluar da ketat#.. ni yg best!

Kak Jun bg, tenkiu!!


ok, ckup la 1st raya aku..
ni pon baru blek dr Rawang, siap kne tahan polis lg, sbb, msuk salah lorong.. Tenkiu abang polis yg baik hati sbb lepaskan saye ^_^


Selamat Hari Raya to all Muslims,



eqlas dari Eny & Icha :)

Kalau SUKE, tekan la LIKE ye ^^ by: eRnyHaYati

28 Ramadhan


Assalamualaikum! (excited giler?

First of all, date aku post entry ni, bkn 28 Ramadhan keyh..
its actually 1 Syawal.. Whaaaat? Ghaye?!

Di kesempatan ni, aku nk wish, Selamat Hari Raya Aidilfitri to all muslims!
Lepas sebulan kte puasa, akhirnya! Harap2 kte jmpe lg di Ramadhan yg akn dtg keyh guys!

Npe aku excited? Sebab....
akhirnya, aku dpt berbuka puasa dgn dia.. sape lg, Al-Amin Hassnan la..
Dye blek 27hb, so spend time together smpai 28 mlm..

Setelah ke Danau Kota itu mlm, nak cr brg2 dye sbb dye x beli pape lg..
tp end up, aku plak yg membeli.. (beli je, byar bkn aku..)

so, dpt la si ERNY, selendang, long neckless, and inner.. hoyeah!!

Then, kitorg singgah masjid, solah Subuh.. then rest jap, bru gerak.. (baik kn kami??

Ok, sambung at rwng pulak..
mnjelang zhor, kreta xleh start (balasan gadoh2 bulan pose.. =.=")
tgh2 gadoh, Amin leh cool and cr mechanic (he so niceee, npe la aku cr gdoh =.=)
tolak dah, tengok dah.. akhirnya, Amin cube start and tbe2 hdoppp!
heading tros blek, smpai uma, rupenya cabel plug longgar (dah tu, sume lobang at jalan tuh aku langgar)

lepas solat zhur at uma, kitorg smbung blek at rwg smpai la maghrib..
most gambar ade at x10 si Amin.. #npe la x blueetooth#


this are somes precious memories i had wif him:


so, bile da ade at McD, ofcoz aku mkn bnda ni :

yes! GCB for us! mama pon pesan tapau bw blek 1!


Q' mmg panjang giler aku ckp.. seb bek bkn aku yg kne Q.. ahaaha :D

da dye yg offer, aku p la cr seat.. hihi


French Fries WAJIB!

npe 3? sbb dye beli mama punya skali.. kentang kitorang bedal..



p/s: oke, dah2, mlm rye ni, aku mmg susah nk tdo mlm la.. tp kne jugak cube! nyteee ollss!! ^___^
Kalau SUKE, tekan la LIKE ye ^^ by: eRnyHaYati

Friday, August 26, 2011

Penghulu!


Assalamualaikum! Ni la aktiviti aku terbaru setelah rearrange jadual aku.. Pagi2 lepas subuh, aku akan update ini blog.. (berharap satu hari dapat terbang ke pluto)

Ouhh, post ni will say more about PENGHULU.. yup! penghulu HARI which is today, JUMAAT..

Aku ni xde la terer bab2 Islam ni, baru nk belajar jugak.. So, why dont we share the knowledge kan?? Learn something new everyday right? Aku da list some sort berkaitan hari JUMAAT.. Renung2kan :)

#1
Hari jumaat adalah hari bakal terjadinya HARI KIAMAT (the last day of the world). Dalam suatu hadis riwayat Muslim, Nabi SAW ada menyebut bahawa;
“Pada hari Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”

#2
ALBAZZAR meriwayatkan bahawa Nabi biasa memotong kuku dan menggunting misai sebelum keluar untuk solat Jumaat.

#3
Nabi Muhammad s.a.w bersabda; "Siapa yang membuka surah Al Imran pada hari Jumaat maka akan didoakan oleh malaikat hingga malam."

#4
Nabi Muhammad s.a.w bersabda; "Siapa membaca pada pagi Jumaat sebelum sembahyang Subuh Astagh Firullahalladzi la ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilahi tiga kali, nescaya Allah akan mengampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di laut."

#5
Pada hari Jumaat dijadikan ada saat mustajab; tiada seorang berdoa bertepatan dengan saat itu melainkan pasti doanya diterima selagi tidak berdoa untuk kejahatan atau memutuskan hubungan keluarga.

#6
Nabi Muhammad bersabda; " Sesungguhnya hari-hari yang utama bagi kamu iaitu hari Jumaat, maka perbanyakkanlah membaca selawat padaku kerana bacaan selawatmu itu langsung disampaikan kepadaku (pada hari Jumaat)."

#7
Hari dimana Nabi Adam dicipta dan dikeluarkan dari syurga. Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.”

#8
Sesiapa yang meninggal pada hari jumaat or malam jumaat, maka selamatlah dia dari seksaan kubur..semoga kita menjadi hambaNYA yang terpilih, insyaALLAH.

#9
Makbulnya doa antara dua khutbah, which mean, mase imam sedang duduk antara dua khutbah.. Abi burdah bin Abi al-Amusa al-Asy’ari r.a berkata bahawa beliau pernah mendengar bahawa Abdullah bin Umar r.a pernah mendengar bahawa Rasulullah pernah menjelaskan bahawa waktu yang paling mustajab itu adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai didirikan.



psssss: Banyak lg kebaikan dan amalan2 yg digalakkan oleh Islam.. Tak caye? Even encik Google and Cik Yahoo pon taw banyak.. Dorg leh bg sebanyak info yg korg nak!

So as Muslim, kte dah bersedia ke? Adakah kte berpeluang utk berjumpa JUMAAT akn dtg? Dengan izin dari Allah S.W.T, insyaALLAH..


Kalau SUKE, tekan la LIKE ye ^^ by: eRnyHaYati

Thursday, August 25, 2011

Tersurat vs Tersirat


Ni interesting.. seyes...
ingat khwen ni benda senang? SUSAH taw.. jgn buat perkara khwen main2 (tu yg selalu nenek n mak aku cakap).. tp, post ni khas untuk kaum Adam.. ^_^

masa akad nikah tu:

“Aku terima nikahnya dgn c pulanah bt c pulan dengan mas kahwinnya RM..”

Itu adalah tersurat.

Apa yg tersirat?

Yg TERSIRAT ialah,

* * * *


“Aku Tanggung Dosa² si pulanah Dari ibu bapanya, Apa Saja Dosa yang Dia Buat, aku TanGGunG & aku Tanggung Dosa Bakal Anak² aku. Kalau GaGaL, maka aku Fasik, Dayus & aku ReLa Masuk Neraka &Malaikat Malik MeLibas Aku hingga Pecah Badan aku”


Hah, tu dia mksd sbnr ! jgn Engat nk kawen je. crikla psgn yg Betul2 mmberi Kebahagiaan diDunia n di Akhirat. hepy didunia xkmana !


pssss: tak salah if laki pon nk memilih.. yelah, memilih sape yg berhak utk jd ibu kpd anak2 dia nanti kn.. ariosss


Kalau SUKE, tekan la LIKE ye ^^ by: eRnyHaYati

Ingat Mati

Tengah jalan2 kat laman sesawang.. entah la.. aku rase macam baru nak kenal Islam.. macam2 yg aku taktaw.. hehe..

suddenly, aku terbuka la satu laman sesawang nih, www.informasi.my
aku terbace sal tanda2 100 hari sebelum kematian.. err, tersedar dari lena yg ckup pnjg jap..

at d moment, aku pk, amalan pon tak ckup ag.. bersediakah??

so, ni nak share sikit.. wat renungan kite semua :)


Adapun riwayat-riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hamba-Nya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walau bagaimanapun, semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam saja, sedangkan orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah, nyawa mereka ini akan dicabut tanpa peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.

Adapun tanda-tanda ini terbahagi pada beberapa keadaan :

1. Tanda 100 Hari Sebelum Hari Kematian


Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hamba-Nya dan hanya akan disedari oleh mereka- mereka yang dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini, hanya apakah mereka sedar atau tidak saja. Tanda ini akan berlaku lazimnya setelah waktu ‘Asar. Seluruh tubuh mulai dari ujung rambut sampai ke ujung kaki akan mengalami getaran, seakan-akan menggigil. Contohnya seperti daging sapi yang baru disembelih, dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan- akan bergetar. Tanda ini rasanya nikmat, dan bagi mereka yang sedar dan berdetak di hatinya bahawa mungkin ini adalah tanda kematian maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah sadar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu saja tanpa ada manfaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

2. Tanda 40 Hari Sebelum Hari Kematian


Tanda ini juga akan terjadi sesudah waktu ‘Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pohon yang letaknya di atas ‘Arasy Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mulai membuat persediaannya ke atas kita antaranya adalah ia akan mulai mengikuti kita sepanjang waktu. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

3. Tanda 7 hari


Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah sakit dimana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba dia berselera untuk makan.

4. Tanda 3 hari


Pada masa ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita yaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat diketahui / difahami maka berpuasalah kita setelah itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan turun, dan ini dapat diketahui jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

5. Tanda 1 hari


Akan berlaku sesudah waktu ‘Asar dimana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di bahagian ubun-ubun dimana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu ‘Asar keesokan harinya.

6. Tanda akhir


Akan berlaku keadaan dimana kita akan merasakan satu keadaan dingin di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.



Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:

“Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa.

Maka berkata Izrail: Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa.”


Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhati oleh malaikat maut, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati.

Golongan ini tidak lalai dan sentiasa sedar terhadap kehadiran malaikat maut, kerana mereka sentiasa meneliti hadis-hadis Nabi s.a.w yang menjelaskan mengenai perkara-perkara ghaib, terutama mengenai hal ehwal mati dan hubungannya dengan malaikat maut.

Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati sebagaimana firman Allah SWT

“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, ”

(Al-Imran :185)


Jadi bermula hari ini gunakanlah peluang yang berbaki untuk beramal soleh, berazamlah serta panjatkan doa agar kita mati dalam keadaan Husnul khatimah –

seelok-elok Kesudahan/kematian” dan mohon juga dari Allah dijauhkan kesudahan yang tidak baik.

1 hari = 24 jam = 1440 minit
1440 minit / 70 (ziarah Izrail) = 20.571 minit.

Ini bermakna malaikat maut menziarahi kita setiap 21 minit, Subhanallah.. Allahu Akbar.

Dari Allah kita datang dan kepada-Nya kita dikembalikan.


pss: tanya pada diri kita, adakah kte da bersedia?
Kalau SUKE, tekan la LIKE ye ^^ by: eRnyHaYati

Solat Sunat Aidilfitri



Assalamualaikum! Aku bukan la ustazah.. tp ni info yg aku dapat la pasal solat ni.. Hukumnya: Sunat Muakad..

InsyaAllah smua Muslims bakal menyambut 1 Syawal, 30hb Ogos nanti.. Selase x silap aku..


oh ya, setahu aku la.. before sembahyang raya, kite disunatkan mandi hari raya..

Lafaz Niatnya:

(Nawaitul ghusla li i'dilfitri sunatallilahi taa'la)

"Sahaja aku mandi sunat hari raya i'dilfitri kerana Allah S.W.T taa'la"

Lafaz Takbir

(ye, yg selalu mlm rye kte da dengar.. at tv, artis2 dan personaliti tv pon bertakbir raya):


terjemahannya: "Allah Maha Besar Allah Maha Besar Allah Maha Besar, Tiada Tuhan melainkan Allah Allah Maha Besar Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah. Allah Maha Besar Allah Maha Besar Allah Maha Besar Allah Maha Besar dan Maha Agong dan segala puji bagi Allah Maha Suci Allah pada pagi dan petang Tiada Tuhan melainkan Allah Tiada yang kami sembah kecuali Allah Dengan ikhlas kami beragama kepadaNya Walaupun orang-orang kafir membenci. Tiada Tuhan melainkan Allah sendiriNya Benar janjiNya dan Dia mengurniakan kemenangan kepada hambaNya Dia mengusir musuh NabiNya dengan sendiriNya Tiada Tuhan melainkan Allah Allah Maha Besar Allah Maha Basar dan segala puji bagi Allah. Allah Maha Besar Allah Maha Besar Allah Maha Besar Tiada Tuhan melainkan Allah Allah Maha Besar Allah Maha Basar dan segala puji bagi Allah."


Niat:

(Usallai sunnata li i'dilfitri, ra'ataini makmuman lillahi taa'la)
"Sahaja aku solat sunat I'dil Fitri, dua rakaat ma'mum kerana Allah Taa'la"


Rakaat pertama:

#1 Baca doa iftitah
#2 Bertakbir tjuh kali (7x)
#3 Diselangi dgn tasbih sbyk 6x

(subhanaalah walhamdulillah walaa ila ha illallah wallahu akbar)

"Maha Suci Allah dan segala puji bagi Allah, tiada tuhan selain Allah dan Allah Maha Besr"

#4 Bace surah Al Fatihah, Al Qaf, atau surah Al Aa' la


Rakaat kedua:

#1 Takbir 5x
#2 Diselangi tasbih 4x

(subhanaalah walhamdulillah walaa ila ha illallah wallahu akbar)

"Maha Suci Allah dan segala puji bagi Allah, tiada tuhan selain Allah dan Allah Maha Besr"

#3 Bce surah Al Fatihah dan Al Ghasiyah

lastly, Khutbah Raya.

psss: so, bangun awal keyh hari rye nanti.. 1 Syawal hanya datang sekali setahun.. Grab the opportunity while it last.. jangan nanti menyesal.. atau x sempat jmpe Ramadhan dan Syawal akan dtg..renung2kan..
Kalau SUKE, tekan la LIKE ye ^^ by: eRnyHaYati

Wednesday, August 24, 2011

Flashback!

terkejotnya aku tngok gmbar sendri.. errr.., td tgah xde kje, then, bukak la page group dak skola lmeee dulu.. aku terjumpa, ARGHHHHH ! memori!

Sek.Men.Keb.Syed Mashor

my first impression ketika lihat foto2 tuh, #siottt.. gmoknya aku.. selekeh, serabai, serabut, kusut..mcm budak skolah# hellowww, mmg budak skolah pon k..

here some photo buat tatapan umum.. *mesti org igt aku ni tak shame2 tunjuk gmba lmee, aku pduli ape.. it is me peeps! ERNY HAYATI JOHAR! versi budak skolah yg agk nerd


huishh! aku wtpe tuh? *serabai okeyh*


off coz aku kat hjung knan tuh, spe lg?? =.=


ni annual dinner, caitt.. xde la.. ade BBQ nitee cikit


aq x igt ade exm pe..bku mcm EST.. tgok la btape nerd nyewww aku.. haishh =.=


jgn pelik, aq ade share dgn pngetua skola.. tu yg pkai ikot suke :).. bak kata Salma(speaky one), aku taiko~


yg ni gmba pling aku x snggup tengok.. rse nk terjun kolam skrg..GMOKK shiallll!! arghhhhh...aku yg skrg pon cmtuh lg ke ekk?


minah bju hijo tu da khwen da pon.. ade ank sorg.. comeyll je..


err, aku yg sekarang nth la wei.. maintain gmok la kot.. #sbb mne2 aku g, msti dorg ckp, "eh Eny, dr dlu x brubah, maintain je kau kn.." errrr..#


yup! that's me 2011
Kalau SUKE, tekan la LIKE ye ^^ by: eRnyHaYati

Saturday, August 20, 2011

Dah Tua ke Belom ? ?





Salam! Aku jalan2 at laman sesawang.. tbe2 terbace something quite interesting.. Aku yg bce pon senyum sorg2.. so, aku share la dgn korg yer!



Kita membesar dgn menonton G-Force, Transformer rs, Thundercat s, Silver Hawk, Woody Woodpecker,Chipmunks n Mickey Mouse.

G-FORCE

THUNDERCATS

Not to forget Ninja Turtles, Mask, Smurfs dan Ultraman n lg satu Gaban.

NINJA TURTLE

ULTRAMAN

GABAN


Berus gigi time waktu rehat kat skolah rendah?...
hmm, mesti pegang cawan warna-warni kan.. mencangkung kat tepi parit dgn classmates semua kat sebelah... paling best bwk bekal nasik ngn telor kicap mak korang buat....



ingat tak, misi kat skolah masuk kelas dgn list dentist appointment.. mcm2 alasan demamla..Pastu bunyi gigi member kite kene gerudi kat bilik sebelah.. ada gigi
yang berlubang, kene laa tampal.. nanges2 ni sure korang igt...

program minum susu di skolah.. nak galakkan budak2 time tuh minum susu. sekotak 30 sen jek beb.....

cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu.
Pukul tapak tangan... kan ?

time kelas addmath-kami at belakg sbok bergosip

semangkuk mi sup ke, mihun sup ke,mee goreng ker 50 sen jek kat kantin.
Time skolah menengah, korang sure beli kasut skolah Bata BM Turbo atau
Pallas Jazz.. ada yang suka kasut high-cut yang buatan china tu... ala cm kasut kungfu tuh..ada yang suka stoking tebal laaa.......

internet? email? Menda alah ape tu? CD? ape tu? kaset tape penah laa dgr.. Tiket
wayang pun 5 Hengget je...

kite pegi kedai runcit, beli Cikerdis, Mamee , Kum Kum, UFO,sagu klapa, O-Ya,apollo
Ding Dang chocolate balls yang ada mainan kat dlm die, 'telur' keras warna warni, 'rokok' chewing gum, KIKI Bubble Gum.. tak dilupakan, 'TiKam'...

bile dah abih exam, main Monopoly la, Donkey la, Happy Family, ping-pong laa dlm class..mcm-mcm...

tapi bunyi loceng laa yang paling best skali. boleh beli aiskrim ngan
apek kat luar skola tuh....lagi satu loceng masa nak pegi rehat. tinggalkan
keje skolah, jom kita pegi makan.. budak2 yg dpt Rancangan Makanan
Tambahan (RMT) mesti kluar awal..dulu bwk singit duainggit pun ckup dah..

lagi satu yang seronok mase time Pendidikan Jasmani, PJ. main bola laa,
rounders laa...yg bestnye tgok membe kna denda lari 1padang xbwk pakaian sukan....
permainan kegemaran, main guli, batu seremban, penutup botol, batang aiskrim, 'Pepsi Cola one-two-three' , 'Police & Sentry', main kejar2 duduk..... xlupa ting-ting...

time skolah, sempat ag beli ice cream bfore msuk kelas

kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen. Yang tube aiskrim, ada byk2 color tu..perisa mcm2 kalau nak makan, kene patahkan kat tengah2 die!

lipat kertas kecik2, pastuh buat lastik. hmmm..ni pun kita main dulu
ni..pahtu wat bntuk jet kapalterbang...baling kat awek yg kita nk usha...siap ayat2 ngorat lagi.. baling2 kapur laa...

hmm...

budak2 skarang, bagi diorg, diorg mane penah dgr lagu 'We Are the World, We Are the Children.. .' dan lagu 'Uptown Girl' yang diorg tau, yg Westlife nyanyi...bkn Billy Joel nyanyi... bagi diorg, ada satu je Jerman kat dunia ni, dan ade satu je Vietnam..virus antraxla.. burungla.. h1n1...mcm 2 wujud sejak diorg lahir...
CD pun wujud time diorg lahir..

Michael Jackson dah putih dah time tu.

Diorg percaya Spiderman dgn Incredible Hulk tu filem2 baru..Diorg tak bley bayangkan skrin hitam putih utk sebuah komputer.. Diorg tak penah tau pun 'Atari' dgn 'Game &
Watch'...pahtu super mario... Diorg tak percaya penah ada TV hitam putih...dan diorg skarang tak reti nak switch on TV kalau xde remote control..dan diorg tak paham macam mane kite boleh survive dkt universiti tanpa handphone...

hmm...jom kite check, kite ni dah tua ke:

1. korg paham ape yang korang baca kat atas ni, dan korg sure tersenyum

2. kebanyakan member2 skolah menengah kite dah kawin ..berjaya...n myb da xde (Al-Fatihah..)

3. korg sure pelik bile nengok bdak2 kecik main komputer, selamba jer bukak tu ini

4. kita geleng kepala bile nengok bdak2 skolah menengah guna handphone g skolah

5. kita dah tak byk sembang2 dgn member melalui telefon lagi setiap hari cm dulu d publicfon. ..

6. bile jumpe member lame dari semasa ke semasa, seronok bile bersembang pasal cerite2 lame, cerite2 kelakar yang kite alami mase skola dulu time kecik2, nakal2 dulu... mase kmpong..

muke innocent time tadika

7. last skali, bile dah bace testimonial ni, korang akan terpikir utk cari kwn2 lama korang.... .coz dorangla watak2 yg mengiringi khidupan korang dulu tapi apa yang pentinglah kan..bila kenangkan saat ni semua dgn mendalam.. mgkin ada diantara kita mengalirkan air mata..mcm2 pistiwa suka duka yelah mana taknya bebudak zaman skrg walhal anak sendiri pun takkan lalui zaman yg sebegitu lagi..sayangnya masa begitu pantas berlalu...

..Dimanakah kita sekarang?? ?

da semakin membesar anak Cik Yah ni..im on d left!

Yang penting kenangan tuh xkan aku lupakan
sampai bila -bila ...
Kalau SUKE, tekan la LIKE ye ^^ by: eRnyHaYati