Assalamualaikum
Kan Eny dah janji nak share resipi. Selagi tengah ade mood nak menaip ni, Eny taip siap2 ye.
Ramadhan pon nk dekat dh kan.. Bole la cube try test tengok kan??
Tadi US sekarg nk ke Hokkaido plak :)
Malam ni kite travelling je ye
Cake ni ats permintaan kwn kakak sedare, dok la google try and error
Alhamdulillah Mama, Nenek, Adik, eh smua suke la.. Lembut je mcm mkn span!! haha
Ok, move on to the recipe!
Hokkaido Sponge Cake
Bahan-Bahan
Bahan A
4 biji kuning telur (eggs yolk)
30gm castor sugar
1 tsp esen vanila **
40ml milk (Eny gune fresh milk dutch lady)**
40ml canola/sunflower oil** (eny guna minyak mazola je)
55gm cake flour (Eny guna self raising flour mcm biasa) ##
20gm custard powder (eny guna tepung kastard jenama birds)##
1 tsp baking powder (eny letak 1/2 tsp sbb guna SRF tadi)##
Bahan B
4 biji putih telur
1/4 tsp salt
80gm castor sugar
Penyediaan:
1. Nampak tak bahan yg Eny color kan biru tu? yg ade tanda **, sila satukan dorg ni (liquid).
2. Nampak tak bahan Eny highlight color purple tu? yg ade tanda ## ni? Sila ayak bahan2 tu 3x TIGA KALI.
3. Guna whisker, kacau kuning telur dgn gula sampai sebati. (color tukar jd pale yellow)
4. Masukkan bahan2 ** (liquid) tadi.
5. Msukkan bahan ## plak. Kacau sebati guna whisker je. Bole letak tepi sat.
6. Sekarang ni, nampk x bahan B? Pukul putih telur guna mixer, sampai berbuih2 kemudian slow2 tambah kan gula and garam tu. Bak kata org putih "granulate" . Hsilnya adalah satu meringue yg sangat gebu mcm nak buat pavlova tu!!
7. Slow2 campur putih telur td dalam adunan A, kacau slow2 secara kaup balik ye.
8. Masuk dalam loyang/cupcakes cup, bakar 170 celcius dalam 25-30 minit. Bila dah masak, biar sejuk dalam oven tu.
Next kite p kat inti dalam dye, iaitu castard pudding! Yummy!!
Bahan-bahan
1 tbsp flour
1 tbsp custard flour
4 tbsp sugar
200ml milk
1 eggs
1 tbsp butter
1tsp vanilla essence
Eny buat cmne? Campak je smua bahan2 ni masuk periuk, kacau2, tenggek atas api sederhana, kacau2 jangan berhenti sampai la dia pekat. Pastu tutup api. Bila dah kurg panas, eny letak dlm piping bag, senang nak sumpit kat hokkaido td. Pastu letak dlm fridge.. Wuiiii, rse dye kalau sejuk, terangkat. Sampai nenek bole makan dua, sampai mama minta masakkan lagi la..
Selamat mencuba ye !!
Kalau SUKE, tekan la LIKE ye ^^ by: eRnyHaYati