Loyal FOLLOWERS not FLOWERS!

Friday, August 26, 2011

Penghulu!


Assalamualaikum! Ni la aktiviti aku terbaru setelah rearrange jadual aku.. Pagi2 lepas subuh, aku akan update ini blog.. (berharap satu hari dapat terbang ke pluto)

Ouhh, post ni will say more about PENGHULU.. yup! penghulu HARI which is today, JUMAAT..

Aku ni xde la terer bab2 Islam ni, baru nk belajar jugak.. So, why dont we share the knowledge kan?? Learn something new everyday right? Aku da list some sort berkaitan hari JUMAAT.. Renung2kan :)

#1
Hari jumaat adalah hari bakal terjadinya HARI KIAMAT (the last day of the world). Dalam suatu hadis riwayat Muslim, Nabi SAW ada menyebut bahawa;
“Pada hari Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”

#2
ALBAZZAR meriwayatkan bahawa Nabi biasa memotong kuku dan menggunting misai sebelum keluar untuk solat Jumaat.

#3
Nabi Muhammad s.a.w bersabda; "Siapa yang membuka surah Al Imran pada hari Jumaat maka akan didoakan oleh malaikat hingga malam."

#4
Nabi Muhammad s.a.w bersabda; "Siapa membaca pada pagi Jumaat sebelum sembahyang Subuh Astagh Firullahalladzi la ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilahi tiga kali, nescaya Allah akan mengampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di laut."

#5
Pada hari Jumaat dijadikan ada saat mustajab; tiada seorang berdoa bertepatan dengan saat itu melainkan pasti doanya diterima selagi tidak berdoa untuk kejahatan atau memutuskan hubungan keluarga.

#6
Nabi Muhammad bersabda; " Sesungguhnya hari-hari yang utama bagi kamu iaitu hari Jumaat, maka perbanyakkanlah membaca selawat padaku kerana bacaan selawatmu itu langsung disampaikan kepadaku (pada hari Jumaat)."

#7
Hari dimana Nabi Adam dicipta dan dikeluarkan dari syurga. Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.”

#8
Sesiapa yang meninggal pada hari jumaat or malam jumaat, maka selamatlah dia dari seksaan kubur..semoga kita menjadi hambaNYA yang terpilih, insyaALLAH.

#9
Makbulnya doa antara dua khutbah, which mean, mase imam sedang duduk antara dua khutbah.. Abi burdah bin Abi al-Amusa al-Asy’ari r.a berkata bahawa beliau pernah mendengar bahawa Abdullah bin Umar r.a pernah mendengar bahawa Rasulullah pernah menjelaskan bahawa waktu yang paling mustajab itu adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai didirikan.



psssss: Banyak lg kebaikan dan amalan2 yg digalakkan oleh Islam.. Tak caye? Even encik Google and Cik Yahoo pon taw banyak.. Dorg leh bg sebanyak info yg korg nak!

So as Muslim, kte dah bersedia ke? Adakah kte berpeluang utk berjumpa JUMAAT akn dtg? Dengan izin dari Allah S.W.T, insyaALLAH..


Kalau SUKE, tekan la LIKE ye ^^ by: eRnyHaYati

No comments:

Post a Comment

A thought??